Menerusi elemen yang pertama iaitu pendidikan suatu usaha berterusan. Berdasarkan pemerhatian saya, peranan sekolah dalam merealisasikan elemen ini ialah menerusi kewujudan 2 kelas prasekolah yang mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada umur 5 hingga 6 tahun. Guru-gurunya pula terdiri daripada guru yang terlatih daripada institut pengajian tinggi dan maktab perguruan di Malaysia. Apa yang dikatakan dengan usaha yang berterusan ialah apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun, mereka akan diserap masuk ke sekolah rendah dan pembelajaran ini akan berterusan sehingga mereka ke sekolah menegah pula. Selepas itu pula, apabila tamat sekolah menegah mereka akan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di peringkat sijil, diploma , ijazah atau master. Mereka boleh menyambung pelajaran di mana-mana IPTA atau IPTS di dalam atau luar negara. Ini yang dikatakan sebagai pendidikan suatu usaha berterusan.
Elemen yang kedua ialah perkembangan potensi individu. Di sekolah yang saya kaji ini mempunyai kemudahan bilik muzik. Bilik muzik ini digunakan oleh semua lapisan murid iaitu tahap satu dan juga tahap dua. Bilik muzik ini dapat membantu murid untuk menguasai teknik dan juga kemahiran menggunakan peralatan yang terdapat di bilik muzik tersebut. Terdapat pelbagai peralatan dalam di bilik tersebut antaranya ialah piano, recorder, buku-buku muzik, kerincing dan sebagainya. Murid akan berpeluang mempelajari kemahiran tersebut dengan bimbingan guru muzik. Prasarana ini dapat memenuhi elemen FPK yang kedua iaitu "memperkembangkan potensi individu" dalam sesuatu bidang yang akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan juga alam sekitar. Selain itu juga, menurut Guru pendidikan khas, En.Zohaili terdapat seorang murid pendidikan khas yang mempunyai dalam tilawah al-quran. Oleh itu, pihak sekolah telah menghantar pelajar pendidikan khas tersebut ke pertandingan tilawah al-quran bagi memperkembangkan potensi individu tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
Elemen yang ketiga ialah insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut Guru besar, sekolah tersebut telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Antaranya ialah majlis Maulidur Rasul yang dijalankan bagi pada 27hb Mac 2009 telah melibatkan guru, ibu bapa serta murid. Aktiviti tersebut sama sekali dapat meningkatkan dan menteimbangkan murid dari aspek kerohanian. Selain itu, menurut En. Zohaili lagi, sebagai guru pendidikan khas, pelbagai karenah murid-murid yang akan kita hadapi semasa mengajar. Oleh itu, kita perlulah bijak mengawal emosi ketika mengajar. Kita perlu ikhlaskan diri kita sebelum mengajar supaya apa yang kita ajarkan akan diredhai oleh Allah S. W. T dan dapat diterima oleh murid dengan mudah. Dari aspek jasmani pula, pihak sekolah telah mangantar seramai 11 orang murid ke Kejohanan Sukan peringkatt negeri di Kota Tinggi dan 2 orang daripadanya merupakan murid dari kelas pendidikan khas. Menurut guru Besar lagi, sekolah ini bukan sahaja melibatkan murid secara aktif dalam aspek intelek, malah murid juga terlibat secara seimbang dari aspek rohani, emosi dan juga jasmani.
Elemen yang keempat ialah ialah unsur intelek. Guru besar telah memperkenalkan aktiviti "Buddy Support System" di mana guru Bahasa Inggeris yang memainkan peranan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Guru bahasa inggeris akan memberi bimbingan terhadap penggunaan tatabahasa, kosa kata dan sebutan yang betul dalam kelas. Aktiviti tersebut dapat membantu guru PPSMI mahir dalam ketiga-tiga bidang tersebut. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kognitif dan intelek murid-murid di sekolah selain dapat meningkatkan keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Selain itu, terdapat juga sudut bacaan iaitu "teratak ilmu" yang berhampiran dengan kantin. Teratak ilmu ini biasanya digunakan oleh murid untuk membaca buku selepas waktu rehat. Meraka akan menghabiskan masa di teratak tersebut untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah. Murid-murid juga akan melakukan perbincangan bersama rakan-rakan berkaitan sesuatu tajuk di teratak tersebut. Teratak tersebut dapat memenuhi elemen yang terdapat dalam FPK iaitu dapat memperkembangkan unsur intelek dalam diri setiap individu. Kemudahan tersebut juga dapat meningkatkan dan memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan murid itu sendiri. Aktiviti kurikulum sekolah ini berjalan dengan lancar. Kelas bermula pada jam 7.15 pagi dan pada setiap pagi sebelum bermula pembelajaran, program "English Learning" telah dijalankan selama 20 minit di mana pelajar-pelajar akan membuat karangan pendek dan pencarian perbendaharaan kata yang baru dalam bahasa inggeris. Segala aktiviti kurikulum ini amat penting dalam membina aspek intelek berdasarkan kebolehan individu.
No comments:
Post a Comment