Pertama, pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap individu. Proses ini berlaku secara langsung dan berterusan sejak dari kecil lagi hingga ke akhir hayat. Proses ini dapat membantu individu dalam menyesuaikan diri dengan sesuatu perubahan dalam kehidupan. Pendidikan awal kanak-kanak adalah amat penting bagi membentuk sahsiah dalam diri individu. Sahsiah ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
Kedua ialah perkembangan potensi individu. Setiap individu mempunyai potensi yang tersendiri dalam diri masing-masing. Namun, potensi ini perlu dicungkil dan diasah dengan daya dan usaha yang berterusan. Bakat, potensi dan kebolehan akan wujud melalui interaksi sosial dengan orang sekeliling dan alam sekitar. Melalui pendidikan, masyarakat akan berpeluang mengembang dan meningkatkan potensi yang ada dalam diri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan kepada unsur JERI iaitu berupaya memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif, berupaya memberi tumpuan kepada perkembangan anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat dan mempunyai perasaan jiwa yang sihat serta berupaya memperkembang kecerdasan emosi ke tahap yang matang.
Seterusnya ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Seperti yang kita sedia maklum, bakat, potensi dan kebolehan yang ada dalam diri mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Ketiga-tiga aspek tersebut perlu diselaraskan supaya tidak berlaku sebarang pertentangan dan percanggahan dalam kehidupan. Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dihubungkaitkan secara berasingan. Apa yang dimaksudkan dengan elemen perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu ialah perkembangan dan peningkatan ini merangkumi keempat-empat aspek iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan yang merangkumi keempat-empat aspek ini akan melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek.
Seterusnya ialah insan yang seimbang dan harmonis. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mampu melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis di mana mempunyai ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Masyarakat yang mengamalkan keempat-empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek mampu hidup secara harmoni dengan diri dan orang lain. Sekiranya keempat-empat aspek ini diamalkan dalam kehidupan seharian, mereka mampu untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran hidup serta berhadapan dengan segala macam masalah. Mereka mempunyai ketahanan bukan sahaja dari segi fizikal, malah mental yang akan mengawal segala perbuatan mereka. FPK juga dapat melahirkan insan yang berfikiran dan berjiwa tenteram serta bersikap positif.
Elemen yang seterusnya ialah unsur intelek. Intelek berkait rapat dengan pemikiran dan juga kognitif seseorang individu. Mereka yang mempunyai daya intelek yang tinggi mampu berfikir secara kreatif, kritikal dan juga reflektif. Kemahiran asas 3M akan diterapkan dalam diri iaitu kemahiran membaca, menulis, dan juga mengira. Individu yang berdaya intelek yang tinggi juga akan sentiasa berkongsi maklumat dan berpendapat kepada individu lain serta tidak kedekut ilmu untuk menyebarkannya kepada sesiapa. Mereka akan sering memperbaiki diri dan akan terus berusaha untuk mengenbangkan ilmu yang ada dalam diri.
Seterusnya ialah unsur rohani. Rohani berkait rapat dengan pencipta-Nya. Sekiranya unsur rohani menebal dalam jiwa seseorang, mereka akan menyedari dan percaya kepada Tuhan. Mereka akan bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan-Nya yang telah diberikan. Mereka juga takut untuk melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi hukum-hukum syarak. Selain itu mereka juga akan mengamalkan nilai-nilai murni serta berpegang kepada akhlak yang mulia dalam diri.
Selain itu, elemen yang terdapat dalam FPK ialah unsur emosi. Individu yang mengamalkan unsur ini akan memiliki dan mempunyai perasaan kasih sayang bukan sahaja kepada sesama manusia malah kepada alam sekitar juga. Mereka akan saling mempunyai perasaan simpati dan impati kepada sesama makhluk. Mereka juga mampu mengawal emosi dengan stabil dan lebih matang. Dalam pada itu, mereka akan sering menunjukkan sifat perpaduan dalam melakukan sesuatu aktiviti. Sifat kekitaan juga menebal dalam diri mereka. Mereka dapat mengawal perasaan-perasaan negatif dalam kehidupan.
Dalam pada itu, unsur jasmani juga terdapat dalam salah satu elemen FPK. Unsur jasmani perlu diterapkan dalam diri setiap individu terutama golongan remaja. Mereka bukan sahaja akan mendapat tubuh badan yang sihat malah mampu mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif serta sosial dalam diri setiap individu. Sekiranya unsur jasmani ini diterapkan di setiap sekolah dengan berkesan, mereka akan lebih menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal seperti bersenam dan melakukan aktiviti-aktiviti sihat. mereka yang mempunyai unsur jasmani dalam diri akan menggunakan segal kemahiran fizikal yang ada untuk memanfaatkan kepada masyarakat.
Justeru itu, elemen yang terkandung dalam FPK ialah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Elemen ini akan memberi impak yang positif dalam diri setiap individu iaitu percaya dan mengakui akan kewujudan pencip-Nya. Mereka akan mengamalkan segala ajaran dan takut untuk melakukan segala perbuatan yang menyalahi ajaran. Mereka juga akan mensyukuri segala nikmat dan kurniaan-Nya serta menyedari segala hukum-hukum dan fenomena alam yang merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka juga lebih menyedari bahawa setiap individu bertanggungjawab sepenuhnya kepada segala tindakan yang dilakukan sama ada baik mahupun buruk.
Dalam pada itu, elemen yang terdapat dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Sekiranya elemen ini diamalkan di sekolah, para pelajar akan lebih mengetahui akan kepentingan ilmu pengetahuan itu sendiri. Mereka akan mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya akan membawa diri mereka ke arah yang lebih berwawasan. Selain itu, mereka akan berusaha memperkasakan ilmu yang diperolehi dan mengamalkannya ke arah yang lebih bermanfaat. Mereka juga akan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca dalam kalangan para pelajar sendiri. Mereke juga akan lebih berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Justeru itu, rakyat Malaysia yang berketerampilan juga merupakan salah satu daripada elemen FPK. Para pelajar berkebolehan untuk menjalankan untuk menjalankan tugas dengan sempurna sekiranya elemen ini diamalkan dalam sesuatu institusi atau organisasi pendidikan. Elemen ini juga dapat memupuk pembawaan diri yang baik dalam diri mereka sendiri. Dengan elemen berketrampilan yang diamalkan, mereka akan lebih bepandangan jauh dan mempunyai sifat inisiatif yang tinggi dalam diri mereka. Justeru itu, mereka akan mempunyai kecekapan dan kompetensi yang tinggi dalam diri mereka. Kompetensi yang ada dalam diri ini akan membantu mereka dalam mengasah sesuatu bakat atau kemahiran yang ada dalam diri.
Dalam pada itu, elemen akhlak Malaysia yang berakhlak juga merupakan elemen dalam FPK. Para pelajar akan mengamalkan nilai-nilai murni dan budi pekerti yang mulia sekiranya elemen ini dijadikan implikasi dalam sesebuah organisasi. Antaranya nilai perpaduan, hormat-menghormati, bersabar, toleransi dan semangat kekitaan yang menebal dalam diri setiap individu. Mereka akan menunjukkan perwatakan yang baik serta akan dijadikan contoh dan role model kepada orang lain. Mereka juga akan disegani dan dihormati oleh orang lain.
Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga merupakan elemen dalam FPK. Seseorang individu akan lebih dipercayai dan dihormati sekiranya elemen ini dijadikan implikasi dan diamalkan oleh segenap golongan. Mereka akan berusaha untuk meningkatkan diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan juga agama. Mereka menyedari bahawa tanggungjawab dan tugas yang telah diberikan merupakan suatu amanah dan perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Mereka akan cuba dan berusaha menjalankan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cekap dan sempurna walaupun terdapat halangan dan dugaan. Mereka juga akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, FPK telah menggariskan elemen rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Elemen ini lebih menekankan kepada konsep ketahanan diri iaitu mampu untuk menghadapi segala dugaan dan halangan yang dihadapi. Dugaan dan halangan ini dianggap sebagai satu cabaran hidup yang akan mematang kan diri. Mereka juga akan lebih berfikiran waras dan berjiwa tenang dalam sesuatu keadaan. Mereka juga tidak mudah berputus asa dalam menghadapi sesuatu cabaran mahupun kekalahan hidup. Mereka juga berkeupayaan mengharungi segala liku-liku hidup dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dalam diri.
Justeru itu, elemen yang terdapat dalam FPK ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarkat dan negara. Sekiranya elemen ini diamalkan dalam sesuatu organisasi, individu akan berusaha untuk mempertahankan diri, maruah, bangsa, agama dan negara daripada sebarang ancaman luar. Mereka juga akan berusaha mengekalkan ekonomi dan kestabilan politik di negara sendiri terbela dan terjamin kelak. Mereka juga akan berusaha memupuk nilai-nilai nurni dalam diri setiap individu terutama semangat perpaduan, hormat-menghormati, semangat kekitaan dan bertimbang rasa. Mereka juga akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di negara ini.
Sehubungan itu, elemen yang terdapat dalam FPK ialah memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sekiranya elemen ini diamalkan dalam sesebuah kehidupan, mereka akan lebih memahami dan mematuhi norma-norma masyarakat dalam kehidupan. Mereka juga akan memupuk persefahaman dalam sistem kekeluargaan. Juseru itu, mereka akan menjadikan Rukunegara sebagai pegangan dan juga amalan hidup. Perasaan kekitaan dan cintakan negara juga akan wujud dalam diri setiap individu. Mereka juga akan berusaha mencapai kehidupan yang lebih bermakna dan bermatlamat.
No comments:
Post a Comment